Friday 29 April 2011

Breastfeeding?!!

Assalamualaikum... ape khabar semua.... Xde aku nak wat hari nie... selesai sudah tugas2 surirumah tangga ari nie... hehehe...
Sejak akhir2 ini, aku banyak mengikuti kisah tentang baby2 yang mendapatkan 'breastfeeding' drpd mummy tercinta... aku sangat2 teruja pabila melihat kanak2 yg sudah berumur 2 tahun masih lg menjadikan 'breastfeeding' sebagai pemakanan utama mereka... Aku lebih teruja lagi apabila ibu2 yang berkerjaya juga ghairah dlm memberi yang terbaik buat anak2 mereka.... Bukan nak kata susu formula tue tak bagus... tetapi susu ibu adalah yang yang terbaik buat anak...
Mengenang kembali saat-saat indah menyusukan bayi, my princess cukup beruntung kerana dapat menikmati 'breastfeeding' sehingga berumur 2 tahun, x seperti abang die yang hanya menyusu badan selama 5 bulan. Biasalah, anak pertama, pengalaman kurang... yg tau waktu tue nak senangggggg jerrr!!
Alhamdulillah, my princess dapat fully breasfeeding tanpa sebarang masalah... Sememangnye sewaktu itu aku sudah pun berhenti kerja dan sepenuh masa dirumah... Well, my princess mmg lahir agak sihat, 3.51kg!! Tapi, alhamdulillah aku dapat melahirkannya tanpa sebarang masalah, juga di Hospital Selayang.
My lovely Princess

Pengalaman mengandung anak kedua pun boleh tahan juga hebatnye.... pd waktu tue, abgnye br berumur 1 tahun 5 bulan... Sewaktu itu, aku berjauhan dgn suamiku, beliau di Port Klang, tetapi aku dirumah keluargaku di Ulu Yam Bharu... Pergolakan terjadi antara ibubapaku pada saat aku ingin bergembira melahirkan my princess lalu tercatitnya peristiwa sedih dalam hidup aku yang x pernah aku duga selama ini... Tanggal 11/8/2008 12.55am, lahirnya my princess yang menambah sinar dlm idupku bersama suami tercinta.. Tetapi, pd keesokan harinye berlaku perkara sedih yg amat mendukacitakan yg x dapat aku ceritakan disini..
Walaubagaimanapun, aku amat bersyukur kerana ianya telah pun berlalu dan kehidupan aku dan keluarga telah kembali seperti biasa... 




Monday 18 April 2011

Pertama kali bergelar ibu....

Assalamualaikum n salam sayang buat semua... Baru je selesai masak n makan bersama putera n puteri tercinta...
Mengenang kembali, saat2 indah bergelar seorang ibu, iaitu pada 27/3/2007.. Tepat jam 12.41am, lahirlah seorang putera yang memulakan tittle ku sebagai seorang ibu... Tetapi, ada suatu kisah yg tak dapat aku lupakan sepanjang hayatku.. Dan akan sentiasa menjadi kenangan yg amat menyakitkan bagiku.. Ceritanya bermula disini....
Muhammad Thaqif Daniel (2nd day)
Sebelum aku berkahwin, aku memang menghidap penyakit perut, ianya x teruk tp sentiasa berulang2... Kebetulan, appointment aku jatuh di Hospiyal Selayang 3 bulan selepas berkahwin... Sewaktu pemeriksaan tersebut, aku telah di'scan' dan di 'xray'. Untuk menjejaki penyakit yg aku hidapi... Tp ternyata itu adalah penyakit yg biasa... Alhamdulillah...
Malangnye, selepas seminggu aku melakukan pemeriksaan itu, aku telah disahkan mengandung selama dua minggu.. Pada mulanya aku amat gembira dan bersyukur yang teramat sangat kerana selama 3 bulan, perkara ini lah yg paling aku tunggu2... Setelah itu, aku mula membuat pemeriksaan pertama disebuah klinik swasta di Kepong... Disana, aku diarahkan untuk membuang kandunganku!!!! Ini adalah kerana menurut doktor yang nengatakan padaku bahawa kandunganku bakal cacat atau tidak sempurna kerana aku telah membuat xray dan scan pada awal kelahiran...
Sejak saat itu, bermulalah detik yang paling memilukan dalam hidupku...bg keluargaku, dan keluarga suamiku, mereka menyuruhku menurut saranan doktor untuk membuang kandunganku. Tp lain pula bagi suamiku, bermati2an die menyuruhku menjaga dan menyayangi kandungan ini kerana bagi suamiku ini adalah zuriat pertama yang akan memberi sinar dalam hidup kami... Aduh!! Betapa siksanya aku ketika itu, hanya Allah yang mengetahui perasaanku...!! Sejak itu, aku sentiasa berada dalam duka dan lara, memikirkan apa yang akan berlaku akan datang... Setiap hari aku berdoa agar zuriatku sentiasa sihat dan lahir dalam keadaan yang sempurna.... 9 bulan aku menunggu dgn linangan air mata yang menemaniku setiap detik.. Ya Allah, kuatkanlah imanku, kuatkanlah hatiku... Aku x sanggup!!!!!!!!!!!
Alhamdulillah, anak mama sihat walafiat....
Selepas 9 bulan, hari yang aku tunggu2 dengan debaran akhirnya datang jua... Aku besalin di Hospital Selayang... pada waktu itu, mak, abah dan suami yang mengiringi aku kesana... Disana, suamiku boleh menemaniku utk masuk ke 'labour room' oleh yang demikian, kami sama2 dpt mengharungi detik2 yang mencemaskan itu... 4ewaktu ingin mengeluarkan bayi tersebut, aku mengalami masalah utk meneran, sehinggakan bayiku hampir lemas!!! Itu satu lagi dugaan yang hebat tak dapat aku lupakan.. Mujur2 nurse dihospital itu amat baik dan amat memahamiku pada ketika itu.. Selepas bertarung selama lebih kuran 1 jam, lahirlah zuriat pertamaku ke dunia ini sambil disaksikan oleh suamiku... Ya Allah..... Sekali lagi kami sama2 mengalirkan air mata sejurus anak kami dilahir kan... Alhamdulillah ya Allah!!!! Anakku sihat walafiat!!! 3.35kg.... Patutpun bersusah payah aku meneran... Besar rupanya!! Hehehe... Aku teramat gembira apabila doktor memberitahuku anakku sempurna tanpa sebarang kecacatan!!!!! Ya Allah Ya Tuhanku... Aku bersyukur kehadratMu... Sejak detik itu, bermula kembali kehidupanku yang teramat indah dan bahagia apabila bergelar seorang ibu.. Bayiku aku namakan Muhammad Thaqif Daniel... Sekarang dah pun berumur 4 tahun, membesar dengan cergas dan sihat!!! Serta akan menjadi contoh yang baik kepada adiknya yang berumur 3 tahun!!!!! Nurdamia.... Terima kasih ya Allah!!!!!
My Hero n My Heroin

Saturday 16 April 2011

Salam Minggu....

Assalamualaikum semua...... minggu ini adalah minggu yg agak membosankan... tak kemana2 pun, cume dok umah goyang kaki jer... hehehe...
Hmmm, hampir sebulan saya bergelar surirumahtangga sepenuh masa kembali.... Hati kembali berbunga yg pada mulanya terkilan jugak kerana terpaksa berhenti kerja disebabkan beberapa hal yg x dpt saya elakkan.. anyway, sy rasa seronok dirumah melayan kerenah anak2 yg semakin nakal dan lasak.... 'happy' dpt melayan makan minum mereka dgn air tangan sy sendiri....
Tak dpt sy gambarkan bagaimana perasaan sy bila mula2 sy berhenti keje sebulan yg lalu.... sedih, geram, terkilan, menyesal, bengang!!! semua bercampur aduk ketika itu.... penat juga sy melawan perasaan2 itu. Tapi sekarang sy mula rasa bersyukur yg teramat sgt... mungkin ade hikmah diatas segala yg berlaku... Wallahualam...

Monday 11 April 2011

05 Mac 2006.......

Aku bergelar seorang isteri... Selamat diijabkabulkan dirumah keluarga di Ulu Yam Bharu... 12 Mac bersanding Ulu Yam, 25 Mac pula dirumah pihak lelaki di palong 8, Gemas....

Salam Bahagia Buat Semua....

Terima kasih kepada kalian semua yg sudi menjengah blog ini...