Monday 18 April 2011

Pertama kali bergelar ibu....

Assalamualaikum n salam sayang buat semua... Baru je selesai masak n makan bersama putera n puteri tercinta...
Mengenang kembali, saat2 indah bergelar seorang ibu, iaitu pada 27/3/2007.. Tepat jam 12.41am, lahirlah seorang putera yang memulakan tittle ku sebagai seorang ibu... Tetapi, ada suatu kisah yg tak dapat aku lupakan sepanjang hayatku.. Dan akan sentiasa menjadi kenangan yg amat menyakitkan bagiku.. Ceritanya bermula disini....
Muhammad Thaqif Daniel (2nd day)
Sebelum aku berkahwin, aku memang menghidap penyakit perut, ianya x teruk tp sentiasa berulang2... Kebetulan, appointment aku jatuh di Hospiyal Selayang 3 bulan selepas berkahwin... Sewaktu pemeriksaan tersebut, aku telah di'scan' dan di 'xray'. Untuk menjejaki penyakit yg aku hidapi... Tp ternyata itu adalah penyakit yg biasa... Alhamdulillah...
Malangnye, selepas seminggu aku melakukan pemeriksaan itu, aku telah disahkan mengandung selama dua minggu.. Pada mulanya aku amat gembira dan bersyukur yang teramat sangat kerana selama 3 bulan, perkara ini lah yg paling aku tunggu2... Setelah itu, aku mula membuat pemeriksaan pertama disebuah klinik swasta di Kepong... Disana, aku diarahkan untuk membuang kandunganku!!!! Ini adalah kerana menurut doktor yang nengatakan padaku bahawa kandunganku bakal cacat atau tidak sempurna kerana aku telah membuat xray dan scan pada awal kelahiran...
Sejak saat itu, bermulalah detik yang paling memilukan dalam hidupku...bg keluargaku, dan keluarga suamiku, mereka menyuruhku menurut saranan doktor untuk membuang kandunganku. Tp lain pula bagi suamiku, bermati2an die menyuruhku menjaga dan menyayangi kandungan ini kerana bagi suamiku ini adalah zuriat pertama yang akan memberi sinar dalam hidup kami... Aduh!! Betapa siksanya aku ketika itu, hanya Allah yang mengetahui perasaanku...!! Sejak itu, aku sentiasa berada dalam duka dan lara, memikirkan apa yang akan berlaku akan datang... Setiap hari aku berdoa agar zuriatku sentiasa sihat dan lahir dalam keadaan yang sempurna.... 9 bulan aku menunggu dgn linangan air mata yang menemaniku setiap detik.. Ya Allah, kuatkanlah imanku, kuatkanlah hatiku... Aku x sanggup!!!!!!!!!!!
Alhamdulillah, anak mama sihat walafiat....
Selepas 9 bulan, hari yang aku tunggu2 dengan debaran akhirnya datang jua... Aku besalin di Hospital Selayang... pada waktu itu, mak, abah dan suami yang mengiringi aku kesana... Disana, suamiku boleh menemaniku utk masuk ke 'labour room' oleh yang demikian, kami sama2 dpt mengharungi detik2 yang mencemaskan itu... 4ewaktu ingin mengeluarkan bayi tersebut, aku mengalami masalah utk meneran, sehinggakan bayiku hampir lemas!!! Itu satu lagi dugaan yang hebat tak dapat aku lupakan.. Mujur2 nurse dihospital itu amat baik dan amat memahamiku pada ketika itu.. Selepas bertarung selama lebih kuran 1 jam, lahirlah zuriat pertamaku ke dunia ini sambil disaksikan oleh suamiku... Ya Allah..... Sekali lagi kami sama2 mengalirkan air mata sejurus anak kami dilahir kan... Alhamdulillah ya Allah!!!! Anakku sihat walafiat!!! 3.35kg.... Patutpun bersusah payah aku meneran... Besar rupanya!! Hehehe... Aku teramat gembira apabila doktor memberitahuku anakku sempurna tanpa sebarang kecacatan!!!!! Ya Allah Ya Tuhanku... Aku bersyukur kehadratMu... Sejak detik itu, bermula kembali kehidupanku yang teramat indah dan bahagia apabila bergelar seorang ibu.. Bayiku aku namakan Muhammad Thaqif Daniel... Sekarang dah pun berumur 4 tahun, membesar dengan cergas dan sihat!!! Serta akan menjadi contoh yang baik kepada adiknya yang berumur 3 tahun!!!!! Nurdamia.... Terima kasih ya Allah!!!!!
My Hero n My Heroin

No comments:

Post a Comment