Tuesday 10 May 2011

"Mother's Day"

Inilah die..... 'Queen Of My Heart'..... Insan yang melahirkan dan membesarkan aku... Insan yg mengajarku erti kehidupan dan beliau juge org pertama yg aku kenal didunia ini!!
"Mak... Kau x pernah kenal jemu membesarkan dan mendidik kami 4 beradik... Pd waktu kau membesarkan kami, hidup kite dalam kesempitan, kepayahan.. tetapi kau tetap gigih dan tabah menghadapi cubaan hidup.. Kau seperti lilin yg membakar dirinye untuk menerangi org lain....
"Teringat aku pd satu ketika, waktu itu mungkin kau terlalu penat... Kepenatan itu membuatkan dirimu x terdaya utk melakukan apa2.... Namun, demi kami, kau gagahkan jua sedangkan dirimu dlm keadaan keperitan.... Ya Allah.... Hanya KAU yg dpt membalas segala pengorbanan mak!!!"
"Kemudian tatkala kami 4 beradik dah membesar dan hari yg kaum2 ibu tertunggu2 iaitu ketika anak2nye mula berumahtangga dan die akan meniti hari seterusnye, satu musibah telah berlaku sehingga menyebabkan rumahtangganya musnah.... Ya Allah, sungguh berat dugaan yg dilaluinya... Namun begitu, die tetap redha dgn ape yg menimpa dirinya... Dan die tetap menyayangi dan mengasihi kami seperti tiada apa2 yg berlaku... Tapi, aku tau die terluka.. aku tau die berduka.. "Mak, aku berjanji, selagi hayat ku ada, aku akan sentiasa menjaga hatimu... Aku akan sentiasa berada disampingmu, memberi sokongan terhadap dirimu... Hanya Allah yang dpt membalas segala jasa2 mu terhadap kami selama ini...."

No comments:

Post a Comment